|
|
 |
 |
|
Monday, March 27, 2006
kesian kat ummi, dalam perjalanan nak hantar nasi pada adik. Ummi dilanggar motorsikal. Jatuh atas jalan, nasib tiada kenderaan lain yang bertentangan. Umi pada mulanya nak guna Van tapi ayah tak beri coz anak kunci tak jumpa, umi pun naik motosikal...tiba-tiba ada motor yang laju lantas melanggar ummi ketika itu mahu melintas jalan.
Ummi just injured kat bahu, tulang bahu yang retak, aku time tu ada kat ofis, adik kat sarawak yang tepon ku. Aku berdoa pada Allah berilah kekuatan pada dirimu Ibuku,

lihatlah ummi maybe tiada titisan air mata, namun kilauaan air tangisan hati saiap yang tahu..kan

Posted at Monday, March 27, 2006 by imanulnaim
Permalink
Wednesday, March 22, 2006
19-21 Mac 2006
I am A Muslim, The Things I Say In Everything, I Do Everyday We Are A Muslim, The Things We Say, In Everything, We Do Everyday
|
terdengar lagu tersebut teringat kisah 3 hari sejak kebelakangan ini, pada mulanya Ustaz Mizan Call aku untuk menggantikan seorang ustazah mengajar Qiraati, pada mulanya aku terfikir kalau boleh adik-adik yang tahap sekolah pra mati aku kena kerjakan. Lastly aku terima jugak tawaran tersebut. Start 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Sampai di sana aku & sahabatku ikhwan mula berkira-kira nak pakai modul apa if mereka jenis nakal. Tapi jangkaan ku meleset setibanya di sana ku dapati semua adik-adik dikategorikan baik semua. Ada sorang tu 3 orang je adik-beradik. Dia yang paling bongsu ditanya dah solat zuhur ke, dah...dah makan? dah...siapa masak. Saya sendiri bang...terkezut ku, budak baru darjah 2 dah pandai berdikari. apatah lagi dia lancar pulak tu membaca Al-Quran.
3 hari mengajar rasanya sedih untuk meninggalkan mereka, Tapi apa daya dik..dah nasib. Takpe kalau Ustaz call lagi abang takkan tolak punya.
itu kisah mereka....tapi ada satu lagi kisah ini berlaku sebentar tadi. Ada seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang boleh dikategorikan nakal-nakal budak. Ibu tersebut menelefonku untuk bagitau tentang kelakuan anaknya, walaupun nampak baik dihadapan tapi hati ibu siapa yang boleh menipu, illusinya begitu kuat. Dia bagitau satu-persatu kisah yang berlaku. Aku menjadi terkedu pabila dia menyebut dia juga ibu kepada sorang anak yang aku begitu rapat dalam telefon aje.
Rupa-rupanya keluarga ini ada masalah nampaknya. Mungkin mereka perlukan kasih sayang dari seorang yang mereka boleh kongsi bersama. 'Ya Allah lindungilah mereka sekeluarga'. Harapan ibunya agar ku dapat bagi nasihat dan motivasi pada anaknya itu. Aku cuba yang terbaik..Insya Allah.

Posted at Wednesday, March 22, 2006 by imanulnaim
Permalink
Monday, March 13, 2006
Zack n Yus adik-adik rindu kat korang.......  Sori SPM 2005, nanti belikan pen pada abg aeman ye...
Posted at Monday, March 13, 2006 by imanulnaim
Permalink
Tarikh: 9-11 Mac 2006Tempat: D'Pengkalan, Rantau AbangPeserta: 38 Girls, 39 BoyzTema: Membina Kekuatan Mendepani CabaranKhamis 9/3
- Pemergianku ke tapak kem diduga dengan pelbagai ujian, air kereta habis, minyak kereta habis, planning asal serba tak menjadi so lastly ku bertolak pada pukul 12.00 tengahri. - Sampai dalam kul 12.40, disambut oleh algha then diberi taklimat prgrm, utk semua fasilitator - Menyambut ketibaan semua peserta tepat pada pukul 1.30 petang, peserta mengambil check-in then kami solat zuhur berjemaah di surau - Slot selayang pandang ku diberi tanggungjawab memberi tasawwur awal tentang perjalanan kem, Alhamdulillah dariapada pengamatanku semua peserta begitu berminat - Slot pembahagian kempulan pada sebelah petang pula sangat menarik, mereka mula membentuk kumpulan seperti si bisu mencari jalan yang betul.sementara menenti kedatangan 2 orang lagi fasi yang lewat sampai ku mengambil satu kumpulan yang terdiri daripada bekas peserta kem lepas kumpulan yang sama juga. - Slot malam mereka diberi sehelai kertas untuk menceritakan penaglaman masing-masing berdasarkan Graf Kehidupan. Sangat menarik dalam kumpulan Algha ada 2 orang pelajar menangis - Slot terakhir ialah Muhasabah tentang program fasa I tahun lepas, mereka semua banyak memperkatakan ditekan & ditoucher emosi mereka. Walaupun begitu mereka rasa seronok. aku diberi tanggungjawab untuk menjadi panelis juga pada malam itu, satu nasihat ku sedangkan nabi diuji begitu berat dengan emosi dan tekanan perasaan mampu menjadi pemimpin yang hebat, apatah kita yang tak seberapa ini, maka kuatkanlah diri kita dengan Illahi. bersambung...........................

Posted at Monday, March 13, 2006 by imanulnaim
Permalink
[Larian Tawan Bukit Besar]
Tarikh: 5 Mac 2006 Tempat: Bukit Besar, Terengganu
Alhamdulillah selama 2 jam perlarian ku untuk menawan bukit besar, dengan dugaan meletihkan ku akhirnya berjaya buktikan kemampuanku. Dilepaskan mengikut kategori 13-25 tahun ku dah terfikir memang tiada harapan untuk ku mengondol sebarang hadiah apatah lagi medal, tapi ku masuk kejohanan ini tidak lain hanya untuk memotivasikan diri ini dan adik-adik yang lain.
Di sini aku nak berkongsi satu pengalaman yang menarik untuk semua; dalam pendakian untuk ke garisan penamat, dengan sedikit kudrat yang ada ini, aku bertembung dengan seorang lelaki tua yang usia likungan 80 an, berkain pelikat berjalan mendaki bukit sambil bertongkat. Aku tertanya-tanya samada pakcik ini memang suka hobi dia berjalan atau pun rumah dia di atas buki tersebut. Lalu aku teruskan larian pendakian ku itu untuk menghabiskan perlumbaan.
Sampai di atas ku terjumpa sekali lagi pakcik itu, paling ku terkejut kawanku beritahu sudah 2 pusingan pakcik itu mendaki bukit tersebut. Oh hebatnya....inilah sumber motivasiku untuk pengalam seterusnya.
Posted at Monday, March 13, 2006 by imanulnaim
Permalink
Sunday, February 26, 2006
Posted at Sunday, February 26, 2006 by imanulnaim
Permalink
Salam semua...... sori ye sibuk amat sangat kebelakangan ini.
|
Usah biarkan Melayu merempat: Pak Lah "Kita mahu bangsa Melayu hidup selama-lamanya. Hidup jangan merempat dan melarat. Apa ertinya hidup, kalau berada dalam kemiskinan. Untuk mendapat kemajuan dan kejayaan mesti berusaha sepanjang masa. Itulah yang kita mahu lihat," kata Perdana Menteri | sambungan lagi
Rasulullah kata ini.... “Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah dan sunnah rasulNya”.

Posted at Sunday, February 26, 2006 by imanulnaim
Permalink
Saturday, February 11, 2006
Posted at Saturday, February 11, 2006 by imanulnaim
Permalink
Sunday, February 05, 2006
"satu Muharram detik permulaan.. perkiraan tahun Islam Hijrah.... Perpindahan Nabi & umat Islam... Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah....
Asas keyakinan & iman yang teguh... Kaum Muhajirin & Ansar bersatu Rela berkorban harta & nyawa Demi menegakkan Islam Tercinta....."
lepas tu pandai-pandai hangpa sambung sendiri ye..... maka bermulalah era baru tahun baru azam baru bagi kita umat Islam meneruskan kehidupan yang tak beberapa lama lagi. Sedar tak, atau memang tak sedar dah Seribu Empat Ratus Dua Puluh Tujuh tahun nabi dah mulakan hijrah maknanya kita ning dah semakin tua ye....apakah amalan kita di sisi tuhan baik, adakah peel, perangai kita baik...(isi khutbah di Masjid Pengadang Baru), marilah kita bermuhasabah agar diri kita tidak lagi dibelenggu dengan dosa dan noda.

Posted at Sunday, February 05, 2006 by imanulnaim
Permalink
Wednesday, January 25, 2006
ingatlah kekadang gurauan mendukakan
"nape kita diberi karakter suka bergurau, suka buat lawak bukankah itu mengembirakan hati orang lain, menghiburkan hati yang luka. Tapi ianya perlu dilakukan bergantung pada keadaan. Mungkin kita perlu tahu isi hati orang yang ingin diajak bergurau.
“Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.”– (al-Hujurat: 11)
emmm.....nampak gayanya kena tukar style le lepas ning. Thanks my pren for advise me.
Posted at Wednesday, January 25, 2006 by imanulnaim
Permalink
|
|
|